28 April 2010

Makanan Dalam Peti Sejuk Selamatkah Dimakan?


Peti sejuk memang menjadi tempat menyimpan makanan agar tahan lebih lama. Bakteria yang menyebabkan makanan basi atau cepat rosak, lazimnya tidak boleh membiak di dalam peti sejuk. Tetapi fakta ini benar sekiranya anda menjaga atau 'mengurus' peti sejuk dengan betul.

Untuk memastikan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk masih selamat dimakan, baca dan amalkan tip ini:

1. Pastikan suhu peti sejuk sentiasa berada pada suhu yang betul; antara 0 - 4 darjah celsius.

2. Bahagian sejuk beku perlu bersuhu -18 darjah celsius (0 darjah F) atau lebih rendah.

3. Pintu peti sejuk hendaklah sentiasa ditutup dan hanya dibuka apabila perlu sahaja.

4. Jangan simpan barang sehingga peti sejuk penuh, kerana udara perlu beredar untuk kekal sejuk.

5. Jika ingin menyimpan yang sudah dimasak, pastikan ia telah sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

6. Elak guna bahan pencuci berkimia untuk membersihkan bahagian dalam peti sejuk. Sebaliknya guna air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon atau cuka putih.

7. Bersihkan peti ais seminggu sekali; periksa barang-barang yang disimpan, jika ada yang melebihi tarikh luput, buang saja.

8. Agar peti ais tidak berbau, simpan sekotak soda penaik (dibuka penutupnya) di dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT