22 Oktober 2010

Cimpanzi 136kg serang kereta polis


CIMPANZI menolak tong sampah di depan kereta polis.


BANDAR RAYA KANSAS - Seekor cimpanzi betina seberat 136 kilogram (kg) yang merayau-rayau di sekitar bandar raya ini dan merempuh sebuah kereta polis berjaya dipujuk masuk semula ke dalam sebuah kurungan oleh tuannya.

Seorang pegawai polis, Kapten Rich Lockhart memberitahu akhbar The Kansas City Star bahawa pihaknya menerima panggilan telefon pada tengah hari Selasa lalu bahawa seekor haiwan berkeliaran beberapa kilometer dari Zoo Kansas.

Menurutnya, haiwan peliharaan itu berkeliaran selepas ia berjaya memutuskan rantai kakinya.

Pegawai polis itu menyatakan, usaha untuk menembak haiwan itu dengan ubat pelali menemui kegagalan.


CIMPANZI cuba naik ke atas bonet kereta polis.


Haiwan itu memanjat bonet sebuah kenderaan polis dan menumbuk cermin penumpang sebelum ia melarikan diri.

Pemilik haiwan tersebut berjaya memujuk cimpanzi yang bernama Sueko itu ke dalam sebuah kurungan.

Pegawai polis itu menyatakan pemilik haiwan tersebut disaman kerana menyimpan cimpanzi dalam kawasan bandar raya. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT