18 Oktober 2010

Foto

  • MALLIKA membuat promosi filem Hisss di Mumbai.

  • Foto

    MALLIKA memegang watak wanita ular dalam Hisss.



Aktres Bollywood dianggap lakukan adegan terlalu panas dibandingkan filem lalu


NEW DELHI: Beliau pernah melakukan beberapa adegan berani pada masa lalu termasuk 17 adegan ciuman dalam filem pertamanya Khwaish dan pautan bibir hangat dalam Murder, yang menyebabkan lembaga penapisan mengakui bimbang sama ada wajar menayangkannya.

Namun, Mallika Sherawat kini mendakwa peranannya dalam filem terbaru Hisss adalah yang paling berani pernah dilakonkannya.

Aktres seksi berkenaan memegang watak sebagai wanita ular dalam filem itu yang diarahkan pengarah Hollywood Jennifer Lynch.

Selepas menghiburkan mereka yang hadir dalam sidang media di sini dengan tarian naagin (ular), Mallika berkata:

“Jika ada orang fikir Khwaish dan Murder adalah berani, Hisss akan mengejutkan mereka.”

Pelakon itu yang tinggal di Los Angeles selama lebih setahun, menambah, “Saya juga dapat rasa seperti kembali menghayati asal-usul saya sebagai orang India.”
Sejak pulang, khabar angin bertiup bahawa beliau akan sekali lagi terbabit dalam filem Murder 2.

“Itu adalah hanya khabar angin, ia tidak benar,” beliau menjelaskan. Sherawat mengakui ada adegan bogel dalam filem Hisss, malah tidak ragu-ragu untuk berbogel di layar perak.

“Ia bergantung kepada subjek dan tuntutan skrip.” Ditanya mengenai pengalaman bercium dengan ular hidup-hidup, beliau berkata:

“Ia (ular) amat licin dan kerap menjilat. Jennifer memberitahu, saya perlu tunjuk seperti sedang berahi. Dia kata saya adalah nagin. Ciuman paling bagus saya dalam skrin ialah bersama ular,” katanya.

Ketika masih tiada lelaki dalam kehidupannya kini, ia mungkin berubah pada masa akan datang. “Saya tidak terlepas sebarang lelaki dalam kehidupan saya. Namun, saya terbuka untuk memiliki seseorang,” katanya.

Sementara itu, enam tahun selepas menghangatkan skrin dalam Murder, gosip terus mengatakan bahawa Emraan Hashmi dan Mallika dipertemukan semula untuk sekuelnya dengan Mohit Suri sebagai pengarah.

Satu sumber dari produser Vishesh Films berkata, sejak kembali dari Los Angeles, aktres itu sering keluar masuk pejabat Bhatt di Juhu.

Sumber itu amat pasti Mallika dipilih dalam sekuel Murder, meskipun ia dinafikan oleh aktres itu sendiri. Ketika ini, perbincangan sedang berjalan, katanya. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT