08 Oktober 2010

Soyuz rosak dibawa kereta api


GAMBAR menunjukkan sebuah kereta api menarik salah sebuah kapal angkasa Soyuz TMA-01M ke tapak pelancaran di Baikonur pada Selasa lalu.


BAIKONUR, Kazakhstan - Ketua sebuah agensi angkasa lepas Rusia, Anatoly Perminov mengesahkan kapal angkasa Soyuz TMA-20 yang akan digunakan untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akhir tahun ini mengalami kerosakan.

Menurutnya, kerosakan pada Soyuz TMA-20 itu berlaku semasa ia dipindahkan dengan menggunakan landasan kereta api.

Namun, ujar Perminov, pihaknya berusaha membaik pulih bagi memastikan keselamatan penerbangan.

Bagaimanapun, pelancaran ke ISS mungkin ditunda jika pakar-pakar mendapati pesawat itu perlu dihantar balik ke kilang.

Kapal angkasa Soyuz dikeluarkan di sebuah kilang di Korolyov di pinggir Moscow.

Ia dipindahkan dengan menggunakan landasan kereta api sejauh 2,000 kilometer ke pusat pelancaran di Baikonur, Kazakhstan. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT