29 Mac 2011

Keluarga besar Britney Spears

TRAWICK dan Britney disertai oleh anak bongsu penyanyi itu, Jayden James.
TRAWICK dan Britney disertai oleh anak bongsu penyanyi itu, Jayden James.

BRITNEY dan Trawick tiba untuk menonton Sean Preston bermain besbol.
BRITNEY dan Trawick tiba untuk menonton Sean Preston bermain besbol.

SORAKAN ibu bapa dari luar padang adalah saat paling penting dalam kehidupan semua kanak-kanak.

Tetapi jika ibu bapa anda sudah berpisah dan masing-masing datang dengan teman baru untuk menonton perlawanan hujung minggu, ia mungkin boleh bertukar menjadi sengketa maki hamun. Tetapi ini tidak berlaku pada satu keluarga selebriti.

Britney Spears dan bekas suami, Kevin Federline seolah-olah menjadi satu keluarga besar ketika mereka bersorak menyokong Sean Preston, lima, dalam perlawanan besbol hujung minggu lalu.

Penyanyi lagu Hold It Against Me itu ditemani oleh teman lelakinya, Jason Trawick sementara Kevin datang dengan teman wanita, Victoria Prince. Tidak ada tanda-tanda permusuhan di antara mereka ketika memberi semangat dengan bersorak untuk bintang kecil mereka.

Federline, 32, menjadi jurulatih pasukan West Hill Yankees, yang antara pemainnya ialah anaknya dengan Britney.

Dia memberi galakan dan nasihat kepada Sean Preston dan rakan sepasukannya sementara Britney dengan bangga menonton anaknya dari luar padang.

Dengan Trawick di sampingnya, Britney, 29, juga menghabiskan masa berbual dengan Victoria dan Federline, menunjukkan betapa hubungan antara bekas pasangan itu semakin baik.


Jayden James, empat, anak kedua Britney dan Kevin, juga hadir untuk memberi sokongan kepada abangnya. Dia duduk bersama Federline kerana mahu pemandangan lebih baik dan kadang kala pergi ke tempat duduk ibunya.

Bintang hari itu, Sean Preston bermain cemerlang di padang dan kelihatan begitu fokus ketika gilirannya tiba untuk memukul.

Britney kelihatan ceria melihat kemahiran anaknya bermain. Kehidupan keluarganya semakin kukuh ketika ini, begitu juga dengan kariernya.

Single pertama daripada album barunya, Femme Fatale berada di tempat pertama senarai lagu paling popular Amerika Syarikat.

Single keduanya, Till the World Ends diedarkan awal minggu lalu selepas ia tersebar dalam Internet dan jelas, peminatnya seolah-olah begitu dahagakan persembahannya. Ia membuktikan dia masih mempunyai ramai peminat.

Penyanyi itu dikatakan meraih lebih setengah juta dolar hanya melalui produk yang digunakan dalam video muziknya untuk Hold It Against Me.

Klip promo empat setengan minit itu menunjukkan Britney muncul dalam skrin televisyen Sony, menggunakan celak Make Up For Ever dan mengakses laman web website Plentyoffish.com.

Album barunya, Femme Fatale akan mula diedarkan pada 29 Mac

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT