|
Brand Sense Partners LLC dalam tuntutan mahkamah mendakwa anak-beranak itu telah membuat rundingan semula dengan syarikat kosmetik Elizabeth Arden pada tahun lalu berhubung bayaran royalti yang menyebabkan komisyen mereka sebanyak 35 peratus dipotong bagi pemasaran produk wangian itu.
Syarikat pemasaran tersebut mula bekerjasama dengan penyanyi itu pada 2003 dan mengadakan perjanjian produk wangian Spears pada 2004.
Mereka mendakwa Spears dan bapanya, Jamie membuat satu perjanjian baru pada tahun lalu untuk produk wangian baru penyanyi itu, Radiance.
Perjanjian itu dilakukan secara langsung antara Spears dan syarikat kosmetik itu dan ia didakwa melanggar perjanjian asal dengan Brand Sense.
Syarikat pemasaran itu mengemukakan saman ganti rugi dan kerosakan lain lebih AS$10 juta (RM30.2 juta) serta meminta hakim mengisytiharkan mereka layak menerima 35 peratus komisen ke atas semua produk wangian Spears yang dicipta oleh Elizabeth Arden.
Tindakan saman itu pertama kali dilaporkan semalam oleh laman web selebriti RadarOnline.com.- AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan