Jika terdedah kepada Aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan. Sekiranya seseorang berpenyakit hepar atau mempunyai jangkitan virus hepatitis B, dia juga lebih berisiko.
Antara kumpulan makanan yang biasa dicemari Aflatoksin adalah, kacang tanah, pistachio, mentega kacang, badam, jagung, beras, gandum, sekoi, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak biji matahari, cili, lada hitam, kunyit, halia, ketumbar dan sebagainya.
Sebab itu, cara penyimpanan bahan makanan ini perlu dititikberatkan; jangan dilonggokkan dalam kuantiti yang banyak tanpa pengaliran udara yang baik. Sebaiknya, simpan kekacang, bijiran dan rempah ratus di tempat yang kering, dalam bekas kedap udara.
Semasa membeli juga, pilihlah yang dalam keadaan baik dan segar, tanpa tanda-tanda rosak seperti ditumbuhi kulat, dan tiada perubahan dari segi fizikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan