12 Ogos 2011

Bekas kapal perang jadi hotel


BENTUK kapal perang Kiev.

BEIJING - Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996.

Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin.

Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta).


SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev.

Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi.

Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang pertama sekali gus dapat menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengalaman tinggal di dalam hotel berkenaan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT