Penyanyi Love on Top itu mengungguli satu kajian pendapat halaman web media sosial saucytime.com dengan memperoleh £1.25 juta (RM6.3 juta) bagi persembahan yang membabitkan nyanyian lima buah lagu pada satu majlis persendirian sambutan Tahun Baru 2010, yang menyamai pendapatan sebanyak £71,040 (RM359,000) bagi setiap minit persembahan beliau di pentas, lapor femalefirs.co.uk.
Ia diikuti Jennifer Lopez yang menerima bayaran hampir £25,000 (RM126,000) seminit dari seorang jutawan Russia, Andrei Meinichenko ketika muncul di majlis sambutan hari jadi isterinya pada 2007.
Sementara itu, Beyonce dikatakan terus membangkitkan tanda tanya mengenai kebenaran mengenai berita kehamilan beliau ketika muncul dalam persembahan Late Night With Jimmy Fallon.
Penyanyi berkenaan mempersembahkan single terbarunya, Countdown dalam rancangan berkenaan tetapi perutnya tidak kelihatan seperti sedang hamil.
Ketika pengacara memperkenalkan kemunculan penyanyi itu, beliau mengenakan baju singkat hitam dan langsung tidak kelihatan seperti hamil enam bulan seperti yang didakwa.
Bagaimanapun penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya muncul melalui persembahan yang dirakamkan lebih awal ketika musim panas lalu.
Penonton jelas tidak menyedari bahawa Fallon menjadikan bintang Amerika Syarikat itu seperti benar-benar berada di studio berkenaan. Ketika pengacara menunjukkan album terkini penyanyi itu beliau memandang kamera sambil berkata: “Malam ini dia di sini untuk mempersembahkan lagu Countdown dari album terkininya, Four. Dipersilakan Benyonce.”
Penonton di studio kemudian bersorak dan mula memberikan tepukan kepada seseorang yang sebenarnya tidak berada di sana. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan