06 Mac 2012

Yang mana satu?

pix_gal0
Abramovich cari pengganti selamatkan kempen Chelsea selepas pecat AVB

DALAM diam-diam, pemilik Chelsea Roman Abramovich mungkin sudah berdamai dengan Jose Mourinho dan bekas bos The Blues itu menjadi antara calon untuk mengambil alih tugas pengendali di Stamford Bridge musim depan susulan pemecatan Andre Villas-Boas.
Abramovich memecat Villas-Boas Ahad lalu, kurang 24 jam selepas kekalahan memalukan 1-0 di West Bromwich Albion yang sekali gus terus meletakkan Chelsea di tangga kelima saingan Liga Perdana.
Buat sementara, bekas pemain tengah Roberto Di Matteo yang menjadi pembantu Villas-Boas, dinamakan sebagai pengurus sementara sehingga hujung musim untuk cuba mengelak malapetaka memalukan tersingkir pada pusingan kelima Piala FA apabila menentang kelab Liga Kejuaraan, Birmingham dalam tugasan pertamanya, hari ini.

Selepas itu, pengurus Itali itu akan memberi tumpuan untuk mengemudi Chelsea berada dalam kelompok empat teratas liga bagi menjamin tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan - atau mungkin cuba bangkit menebus kekalahan 3-1 kepada Napoli dalam perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Namun spekulasi yang lebih hangat diperkatakan masa kini berkisar terhadap sasaran Abramovich untuk mencari pengurus kelapan dalam tempoh lapan tahun sebagai pemilik kelab London barat itu.

Sejak membeli Chelsea pada 2003, Abramovich menyingkirkan Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Carlo Ancelotti dan Villas-Boas dan nama yang kian disebut-sebut kini ialah Mourinho, bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez dan pengurus Barcelona, Pep Guardiola, selain bekas pengurus England, Fabio Capello. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT