19 April 2012

Siapa jagoan EPL?

LIGA Perdana Inggeris kini berada di musim ke-20. Dua dekad penuh aksi pemain terhebat, pertelagahan di antara pengurus serta jalan cerita yang mungkin lebih hebat daripada filem Hollywood. Begitupun siapa di kalangan pemain layak dianggap terhebat dalam kancah EPL?

Roy Keane

Roy Keane adalah impian setiap pengurus. Lasak, memberi komitmen penuh dan fokus terhadap kemenangan, pemain Ireland itu menjadi watak penting di sebalik kejayaan Manchester United sepanjang 12 tahun di kelab itu.

Alan Shearer

Jelas sekali penjaring terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, Alan Shearer mempunyai purata lebih daripada satu jaringan setiap perlawanan sepanjang kariernya yang cemerlang.

Jumlah 34 jaringan yang dilakukan pada 1994/95 menjadi kunci utama buat Blackburn Rovers memenangi gelaran itu manakala perpindahannya ke Newcastle United menjadikannya ikon di Tyneside.


Eric Cantona

Eric Cantona mungkin mempunyai penampilan paling sedikit dalam Liga Perdana Inggeris berbanding yang lain dalam senarai ini tetapi men�cetuskan impak
besar sepanjang lima tahun di England. Per�sonaliti menarik yang dimilikinya menyebabkan anda tidak ingin mele�paskan aksinya tidak kiralah siapa yang anda sokong.


Thierry Henry

Tidak ramai yang mampu menyaingi skil dan kehebatan legenda Arsenal, Thierry Henry. Selepas berpindah ke Highbury pada Ogos 1999, pemain Perancis itu segera menjadi antara penyerang paling berbahaya dan mempunyai kelas tersendiri dalam dunia bola sepak.

Penulis bola sepak United Kingdom menamakannya sebagai Pemain Tahunan sebanyak tiga kali.


Cristiano Ronaldo

Penyerang Portugal itu adalah antara penyerang berbisa dalam bola sepak. Tiada pertahanan yang sanggup berdepan Ronaldo di tahap terbaik dengan pelbagai helah menerusi skil dan kepantasannya.

Keupayaan memburu jaringan dan kemampuan mencipta jaringan menjadikan Ronaldo seorang bintang dan pemain utama di sebalik kejayaan Manchester United.


Paul Scholes

‘Paul Scholes. Dia menjaringkan gol!’ Itu jeritan yang sering dila�ungkan peminat tetapi bakatnya lebih daripada itu.

Scholes adalah yang terbaik di kalangan profesional dan pemain profesional seperti Thierry Henry, Xavi, Zinedine Zidane dan bekas pengurus Itali, Marcello Lippi turut memperkatakan mengenai kehebatannya.


Dennis Bergkamp

Pemain berbakat dari Belanda itu menyertai Arsenal pada Jun 1995 dan mencatat namanya dalam sejarah Gunners. Berbekal sentuhan hebat, visi luar biasa dan penyudah berbisa, Bergkamp memberi igauan buat ramai pertahanan Liga Perdana Inggeris. Skil yang dimilikinya turut disertai aksi sukar diduga yang mencetuskan banyak gol yang sukar dilupakan.


Ryan Giggs

Dalam era apa pun, Ryan Giggs boleh dianggap sebagai bakat luar biasa tetapi bertanding di tahap tertinggi buat masa yang lama dalam era bola sepak moden adalah sesuatu yang mengejutkan.

Satu-satunya pemain bola sepak yang beraksi sepanjang 20 musim Liga Perdana Inggeris (menjaringkan gol setiap musim), pemain Wales itu adalah pemain paling menyerlah dalam bola sepak Inggeris dan masih menggalas tugas penting untuk Manchester United, lebih daripada 21 tahun sejak penampilannya sebagai pemain profesional.


Patrick Vieira

Patrick Vieira adalah nadi kepada gandingan ‘Invincibles’ di Arsenal pada musim 2003/04 dan tidak pernah tewas sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris sepanjang musim.

Lasak, tidak bertimbang rasa dan tidak mudah kepenatan, Vieira menjadi kapten pasukan hebat yang mencatat rekod 49 perlawanan tanpa kalah. Pencapaian luar biasa itu tidak mungkin dicapai tanpa semangat dan keinginan pemain Perancis yang membawa Gunners ke tahap terbaik.


Gianfranco Zola

Bekas pengurus Chelsea, Claudio Ranieri melabelkan Gianfranco Zola sebagai “ahli sihir” dan ia mewakili kehebatan pemain tengah Itali yang mampu mengkucar kacirkan per�tahanan dan memukau penonton dengan kehebatannya.

Dengan bakat yang dimilikinya, Zola menjadi satu satunya pemain yang dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Tahunan 1997 tanpa bermain keseluruhan musim Liga Perdana Inggeris dan juga pemain Chelsea pertama memenanginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT