18 Julai 2012

Orang utan sambut ulang tahun ke-50 tahun


MAJOR mencium Laurent.- AFP


NANTES, Perancis - Majlis ulang tahun kelahiran seekor orang utan diadakan di Zoo La Boissiere-du-Doree dekat sini, barat Perancis semalam.

Pada majlis itu, pengurus zoo itu, Sebastien Laurent memberikan secubit kek untuk disuapkan ke dalam mulut haiwan tersebut yang bernama Major.

Orang utan itu yang lahir di Indonesia menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-50.

Major yang seberat 125 kilogram dipercayai orang utan dalam kurungan yang paling tua yang masih hidup. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT