Walcott berbaki kontrak setahun bersama Arsenal dan kini masih belum mencapai persetujuan untuk lanjutan kontrak kekal di Emirates. Dia menerima gaji semasa £65,000 (RM320,783) dan kini sedia ditawarkan gaji baru bersama Liverpool dengan kadar £100,000 (RM493,512), sama seperti pemain kebangsaan England yang lain.
Biarpun Walcott, 23, turut menjadi buruan Chelsea dan Paris St Germain, namun Rodgers tetap yakin pemain itu bakal menjadi bintang baru di Anfield.
Bagi pengurus Arsenal, Arsene Wenger pula, dia pasti mahu memastikan Walcott terus kekal bersamanya selepas kapten kelab itu, Robin van Persie enggan menandatangani kontrak baru.
Walcott antara pemain England yang menampilkan prestasi baik ketika Euro 2012 termasuk menjadi pemain terbaik perlawanan menentang Sweden. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan