|
Selain menjaringkan gol pertama, penyerang Belgium itu turut membantu Fernando Torres menghasilkan jaringan kedua ketika menewaskan Newcastle United 2-0 di Stamford Bridge awal pagi semalam.
Hazard, 21, tidak mengambil masa yang lama bagi membuktikan pembeliannya daripada Lille pada harga £32 juta (RM156.85 juta) tidak merugikan.
"Dia tidak mengejutkan saya, kami sudah memantau pergerakannya sejak tahun lepas," kata Di Matteo.
"Dia sememangnya seorang pemain yang sangat hebat. Walaupun beraksi dalam liga yang berbeza, dia dapat menyesuaikan diri dengan begitu pantas."
Tambahnya, Hazard telah mencipta banyak peluang tetapi lebih manis apabila dia sendiri menjaringkan gol pertama.
"Dia cepat menyesuaikan diri dan memahami permainan Juan Mata dan seluruh pemain tengah, sekali gus menyebabkan dia selesa beraksi bersama kami," katanya.
Dalam pada itu, pengurus Newcastle, Alan Pardew turut memuji persembahan Hazard dan dia menyifatkan pemain itu telah merubah keseluruhan persembahan permainan Chelsea berbanding musim lepas.
"Dia menyuntik sedikit kelebihan dalam permainan Chelsea musim ini dan telah menjadi arkitek utama pasukan itu dalam merangka serangan pasukannya," kata Pardew. - AFP
Sila layari : www.gepp.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan