27 Mei 2013

Lukaku 'Drogba baharu'


LUKAKU (kanan) memiliki ciri berbadan besar dan tegap yang boleh memudahkan tugas Mourinho membentuknya menjadi 'Drogba baharu' musim depan.


LONDON - Jose Mourinho optimis mampu menjadikan Romelu Lukaku sebagai Didier Drogba 'baharu'.

Beliau yang dikaitkan kembali menerajui Chelsea musim depan juga memberikan jaminan bahawa Lukaku tidak akan dipinjamkan kepada mana-mana kelab selepas ini.

Ketika ini, The Blues telah menolak tawaran mana-mana kelab termasuk West Ham dan Swansea yang berhasrat mendapatkan Lukaku menerusi pinjaman musim depan.
Lukaku, 20, telah mencetak 17 gol dalam kempen Liga Perdana England selepas dipinjamkan ke West Bromwich Albion musim lalu.

Dia dijangka berada dalam perancangan Mourinho untuk digandingkan dengan Luka Modric yang turut berada dalam radar jurulatih kelahiran Portugal itu musim depan.

Sebelum ini, Mourinho dilihat gemar memiliki penyerang bertubuh tegap seperti Drogba.

Justeru, Lukaku dilihat menepati ciri-ciri penyerang yang dikehendaki Mourinho.

Pada masa sama, masa depan Lukaku di Stamford Bridge juga dilihat cerah ekoran Mourinho dilaporkan mahu menjual Fernando Torres.

"Saya mahu beraksi lebih kerap bagi menjamin masa depan saya beraksi dalam pusingan akhir Piala Dunia.

"Terpulang kepada Mourinho sama ada beliau mahukan saya atau tidak jika benar dia mengendalikan Chelsea selepas ini," kata Lukaku. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT