04 Jun 2013

Mourinho sah sertai Blues ikat kontrak 4 tahun

Jose Mourinho
 
LONDON - Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus Chelsea buat kali kedua, demikian pengesahan kelab itu semalam.

Selepas berminggu-minggu spekulasi, akhirnya Mourinho, 50, menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab yang pernah dibimbingnya pada 2004 hingga 2007.

“Saya gembira mengalu-alukan Jose kembali ke Chelsea. Kejayaannya yang berterusan serta cita-citanya menjadikan dia calon paling cemerlang," kata Ketua Eksekutif kelab, Ron Gourlay dalam kenyataan di dalam laman web Chelsea.

Tambahnya: “Adalah menjadi matlamat kami untuk kelab itu terus mencipta kejayaan pada masa akan datang dan Jose adalah pilihan No. 1 kami kerana kami yakin dia adalah pengurus yang berupaya melakukannya."

Sebelum pengesahan tersebut, Mourinho berkata, dia bakal menjadi bos baru Chelsea.

Pendedahan itu dibuat oleh akhbar The Sun di London semalam setelah Special One meninggalkan Real Madrid dan akan kembali ke Stamford Bridge.

Dalam temu bual bersama saluran bola sepak terkemuka Sepanyol, Mourinho berkata: “Saya akan London pada Isnin (semalam) dan pada hujung minggu ini saya akan menjadi pengurus Chelsea.

“Saya rasa penyokong di sana sukakan saya. Dalam hidup anda, anda harus melihat perkara sedemikian.

“Hidup ini menarik dan singkat, anda harus lihat berdasarkan apa yang anda fikirkan terbaik untuk diri anda." - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT