20 Ogos 2013

Mourinho optimistik



MOURINHO (kiri) melihat pemain-pemain meraikan kejayaan Lampard menjaringkan gol kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Hull City di Stamford Bridge awal pagi semalam.



LONDON - Pengurus Chelsea, Jose Mourinho yakin skuad The Blues sudah bersedia untuk memasuki era baharu selepas berlaku sedikit pergolakan musim lalu.

Maourinho memulakan kempen dengan langkah kanan apabila Chelsea mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hull City dalam aksi pembukaan Liga Perdana England di Stamford Bridge musim ini.

Ocsar dan Frank Lampard menjaringkan gol kemenangan skuad The Blues masing-masing pada minit ke-13 dan 25.

Pada aksi di Stamford Bridge itu, para peminat skuad The Blues memberi penghormatan kepada Mourinho yang kembali menerajui kelab itu selepas menggantikan pengendali sementara, Rafael Benitez musim lalu.

Benitez gagal memenangi hati para penyokong Chelsea walaupun beberapa kali beliau membuat permohonan maaf kerana kelantangannya mengkritik skuad The Blues ketika membimbing Liverpool dahulu.

"Anda telah melihat apa yang Chelsea lakukan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Jadi, saya rasa lebih baik kami lupakan perkara-perkara negatif yang berlaku itu dan memberi tumpuan kepada apa yang berlaku hari ini.

"Saya rasa, adalah penting untuk kami memiliki persekitaran yang sangat baik dan motivasi para pemain juga sangat bagus," kata Mourinho.

Mourinho berkata, buat pertama kalinya, pemilik Chelsea, Roman Abramovich berada dalam bilik persalinan sebelum perlawanan menentang Hull dan beliau telah memberi kata-kata semangat kepada semua pemain serta pegawai-pegawai kelab.

"Saya sangat gembira kerana memiliki skuad yang sangat mantap kali ini. Selepas mengharungi aksi jelajah pra-musim yang memenatkan, kami kini sudah boleh memberikan tumpuan untuk memburu kejuaraan pula.

"Ketika ini, terpulanglah kepada kami untuk melakar sejarah baharu buat pasukan ini," katanya.

Mourinho turut berharap penyerang Manchester United, Wayne Rooney akan menyertai pasukan itu sebelum pintu perpindahan musim ditutup 2 September depan.

"Kami masih lagi berusaha sehingga ke hari terakhir musim perpindahan ini. Kami menyasarkan seorang lagi penyerang," kata Mourinho. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT