BEIJING - Kumpulan penyeludup dari China menggali sebuah terowong
konkrit menuju ke Hong Kong yang dilengkapi lampu, sistem pengudaraan
dan landasan untuk mengangkut barang, lapor media tempatan semalam.
Menurut laporan laman web China.com.cn laluan tersembunyi dan
sepanjang 40 meter itu bermula di dalam sebuah gudang di Shenzhen dan
berakhir di sebuah kawasan semak di Hong Kong.
"Ia dibina secara profesional," menurut laporan berkenaan.
Hong Kong yang merupakan wilayah separa autonomi dan Shenzhen
merupakan antara hab perdagangan utama di China tetapi mempunyai sistem
cukai yang berbeza.
Kumpulan penyeludup yang masih tidak dikenal pasti itu membina turut
memasang landasan kereta api bersama sebuah gerabak yang digunakan untuk
menyeludup pelbagai barangan seperti telefon pintar dan komputer
tablet.
Pembinaan terowong haram itu dianggarkan menelan belanja tiga juta yuan (490,000) dan mengambil masa selama empat bulan.
Beberapa anggota kawalan sempadan menemui terowong itu seminggu lalu.
Terowong itu berukuran 40 meter panjang dan satu meter tinggi masih dalam pembinaan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan