10 September 2014

Apple lancar dua versi iPhone skrin besar

SAN FRANCISCO: Apple hari ini melancarkan dua versi terbaharu iPhone dengan menampilkan saiz skrin besar iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci.
Ketika melancarkan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus itu, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, hari ini syarikat itu melancarkan "kemajuan terbesar dalam sejarah iPhone".
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Apple, Phil Schiller ketika pelancaran itu di Cupertino, California berkata, iPhone terbaharu berkenaan adalah "amat menakjubkan" dengan paparan yang ditingkatkan dengan kaca polarisasi.

Usaha terbaharu Apple itu apabila memperkenalkan model skrin empat inci iPhone adalah sebagai memenuhi permintaan pengguna yang kini beralih kepada telefon pintar dengan skrin lebih besar untuk menonton video dan melayari Internet.
Selain itu, Apple turut melancarkan jam pintar yang ditunggu-tunggu sebelum ini sekali gus menonjolkan ciri-ciri sebuah iPhone kepada skrin lebih kecil.
Dikenali sebagai Apple Watch, gajet berkenaan melambangkan percubaan untuk menjadi pencetus trend teknologi bagi era gajet berasaskan komputer yang boleh dipakai dan meningkatkan jualan bersama-sama produk lain. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT