![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_soBaS0E8ZizJ9ipW_ap69_KbuHz6QvShlnYcOO6FG3MO5oibKZfZOp17EWHaP_OqjvLpqe6pX5yED99Wkrjang12qL8WZ-oViofFgcYaiAp7QkoNyCNwxciuWof_7hq9WFvsmxOgDP29QU_PQj__51W988bw=s0-d)
Galaxy Note Edge
BERLIN: Pengeluar telefon bimbit terbesar dunia, Samsung
Electronics Co Ltd hari ini melancarkan versi terbaharu telefon pintar,
Galaxy Note.
Lebih menarik saiz telefon pintar ini tidak semakin besar, sebaliknya
salah satu daripadanya mempunyai paparan tepi untuk akses pantas kepada
lampu suluh, Twitter, berita dan aplikasi yang kerap digunakan.
![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uAuhKjXMu9voorkxW8HYcK9GYCuIDMJiFCvGaOR2mupP0qEtVP8LMwS_HNqzEUZ2_FnAInQep_5d3hWZBCFCxG6BCaRuwxYFmss4IwbbzndeVdHYeFg-6RLZVzxs-A7P2KsqQzsi1sRzg8CIXdSa1g=s0-d)
Galaxy Note 4
Pelancaran Galaxy Note Edge diumumkan pada pameran perdagangan di
sini hari ini bersama-sama telefon Galaxy Note 4 terbaharu tanpa paparan
tepi dan fon kepala diberi nama Gear VR. Kesemua produk terbaharu itu dijangka berada di pasaran pada Oktober
depan iaitu ketika musim cuti membeli-belah dan menyasarkan untuk
bersaing dengan keluaran terbaharu Apple, iPhone yang dijangka diumumkan
pada minggu depan. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan