23 Februari 2016

Tinggal dalam pesawat sejak 15 tahun



PESAWAT Boeing 727 yang menjadi rumah Campbell sejak 15 lalu di Portland, Oregon. - AGENSI


MIYAZAKI, Jepun – Seorang lelaki warga Oregon, Amerika Syarikat telah tinggal di dalam sebuah pesawat Boeing 727 sejak 15 tahun lalu dan sedang merancang menjadikan sebuah lagi kapal terbang lama yang mampu memuatkan sehingga 660 penumpang sebagai rumah keduanya di sini.

Bruce Campbell yang kini menghabiskan masa setengah tahun di Jepun berkata, dia sedang mencari sebuah pesawat B47-400 yang pernah digunakan oleh syarikat penerbangan seperti United, British Airways dan Delta untuk dijadikan rumah pesawat keduanya di bandar Miyazaki.


CAMPBELL duduk berehat di dalam ‘rumah’ pesawat miliknya.- AGENSI


Sejak 15 tahun lalu, dia tinggal di dalam sebuah pesawat Boeing 727 di Portland, Oregon yang ditukar menjadi sebuah rumah lengkap dengan ruang tidur, dapur, dobi dan bilik mandi menerusi projek yang menelan belanja sehingga AS$220,000 (RM925,00).

Menurut bekas jurutera elektrik itu, dia membeli pesawat itu pada tahun 1999 pada harga AS$100,000 (RM420,000) dengan tujuan menyelamatkannya daripada menjadi besi beruk.

Campbell kemudiannya membeli sebidang tanah empat hektar pada harga AS$23,000 (RM97,000) untuk dijadikan lokasi dia meletakkan pesawat terbabit.- AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT