19 September 2010

Buku teks elektronik dapat sambutan

LOS ANGELES - Mahasiswa universiti dan pelajar kolej akan berpeluang memuat turun buku teks pengajian dalam bentuk buku elektronik (e-book) tanpa perlu berkompromi terhadap kualiti kandungan buku asal dalam bentuk bercetak.

Walaupun peralatan atau tablet seperti Kindle keluaran Amazon.com menjadi pilihan orang ramai untuk membaca buku-buku versi elektronik, mahasiswa pula menghadapi masalah kerana peralatan itu kurang sesuai bagi buku teks elektronik (e-textbook).

Kini, iPad dilaporkan berjaya mengatasi kelemahan itu kerana tablet berkenaan sesuai bagi video, carta, grafik berwarna, mencatat nota dan ujian serta mudah dikemas kini dengan maklumat terbaru.

"Lebih mudah jika saya boleh memuatkan semua buku teks ke dalam iPad berbanding memikul buku," kata Alexis Chavez, mahasiswa Universiti Arizona.

Penerbit pula boleh mengurangkan kos mencetak buku teks, sekali gus memelihara alam sekitar.

Penggunaan e-textbook dijangka meningkat kepada empat peratus tahun ini, serta mencapai tahap 11 peratus pada 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT