19 September 2010

Pesawat mewah A380

KARPET merah di bentang khusus untuk menyambut ketibaan pesawat paling besar dan mewah di dunia di Lapangan Terbang Manchester minggu lalu, sekali gus menandakan permulaan perkhidmatannya ke United Kingdom.

KEMEWAHAN... televisyen skrin rata, cermin dan jam tepi katil disediakan untuk penumpang Kelas Bisnes.
KEMEWAHAN... televisyen skrin rata, cermin dan jam tepi katil disediakan untuk penumpang Kelas Bisnes.

SELESA... bilik mandi untuk kegunaan penumpang Kelas Satu. MEWAH... 14 suit untuk penumpang Kelas Satu. MEWAH... 14 suit untuk penumpang Kelas Satu. KEMUDAHAN... bar untuk Kelas Bisnes dan Satu. KEMUDAHAN... bar untuk Kelas Bisnes dan Satu. LUAS... anak kapal pesawat A380 Emirates bersiap sedia menyambut penumpang Kelas Bisnes. LUAS... anak kapal pesawat A380 Emirates bersiap sedia menyambut penumpang Kelas Bisnes. BESAR... Kelas Ekonomi yang mempunyai ruang yang luas. BESAR... Kelas Ekonomi yang mempunyai ruang yang luas. CANGGIH... Airbus A380 Emirates ketika tiba di Lapangan Terbang Manchester. CANGGIH... Airbus A380 Emirates ketika tiba di Lapangan Terbang Manchester.

Bar disediakan di tingkat atas bagi penumpang Kelas Satu untuk membantu penumpang melupakan perjalanan jauh itu.


Kapsul kelas itu pula dilengkapi dengan segala kemudahan yang diperlukan, tidak dilupakan makanan mewah dan perkhidmatan istimewa. Malah kemudahan tandas juga adalah luar biasa.


Walau jauh ke dalam sedikit, kabin Kelas Bisnes masih kelihatan mewah dan mahal, sementara mereka yang selalunya terpaksa bersempit di Kelas Ekonomi mungkin terkejut dengan suasana lapang disediakan pesawat besar ini.


Syarikat Penerbangan Emirates menerbangkan pesawat 500 tempat duduk ini ke Manchester pada permulaan perkhidmatan hariannya ke Dubai, disaksikan orang ramai yang ghairah untuk melihatnya meluncur di udara ketika ia menghampiri lapangan terbang berkenaan.

Inilah julung kali pesawat A380 itu mendarat di lapangan terbang lain di Britain selain Lapangan Terbang Heathrow, tempat ia memulakan operasi dua tahun lalu.


Pengerusi Pertubuhan Perdagangan Angkasa Lepas, Pertahanan dan Keselamatan (ADS), Ian Godden berkata: “Sektor angkasa lepas United Kingdom adalah nombor satu di Eropah dan nombor dua hanya selepas Amerika Syarikat di peringkat dunia. Airbus A380 itu adalah lambang kejayaan ini.” Seorang lelaki yang turut hadir menyaksikan pendaratan pesawat berkenaan berkata: “Kami takjub dengan kapal terbang ini. Saya berdiri di atas meja untuk melihat ia tiba. Ia sungguh mengagumkan. Dan sudah pasti anda boleh menaikinya jika anda mampu.” Sir Maurice Flanagan, Pengarah Urusan Emirates berkata: “Secara peribadi, ia hari yang sungguh membanggakan saya. Ia membuktikan kejayaan yang kami capai.


“Manchester adalah lapangan terbang di Eropah yang menjadi tempat kami berlepas untuk membawa 310 penumpang seminggu. Kini jumlah itu meningkat 6,000 orang.” Pengarah Urusan Lapangan Terbang Manchester, Andrew Cornish menyifatkan pendaratan A380 itu sebagai impian yang menjadi kenyataan.


Seorang jurucakap lapangan terbang berkata: “Segala-galanya berjalan mengikut rancangan. Ia begitu senyap apabila pesawat itu berlepas semula.


“Namun ia akan datang lagi esok. Ia kini menjadi sebahagian daripada lapangan terbang ini untuk selama-lamanya.” Singapore Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama menggunakan pesawat dua tingkat itu untuk mengangkut penumpang pada Oktober 2007. Pada 2008, ia mula menjalankan perkhidmatan antara Singapura dengan Heathrow.


Ia mulanya dikenali sebagai Airbus 3XXX ketika dalam fasa pembangunan tetapi tidak lama kemudian, ia lekat dengan gelaran Super-jumbo.


Kedudukan dek atas A380 itu selari dengan badan kapal terbang yang menempatkan enjin, sayap dan ekornya sementara lebarnya sama dengan pesawat berbadan lebar. Ini membolehkan kabin pesawat itu mempunyai keluasan lantai 1,569 meter persegi — 49 peratus lebih luas berbanding pesawat kedua terbesar, Boeing 747-400.

Pesawat itu boleh membuatkan 525 penumpang dalam tiga kelas tipikal atau 853 orang jika keseluruhan pesawat itu dijadikan kelas ekonomi.


British Airways memesan 12 pesawat super jumbo itu dengan yang pertama akan tiba pada 2013. Syarikat Penerbangan Virgin Atlantic pula akan menerima pesawat pertama daripada enam pesawat A380 pada tahun yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT