
Wang Kelian merupakan pintu kedua antara Malaysia dan Thailand. Sejak 1992, pintu masuk Wang Kelian ini bebas masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Timbalan Menteri, Datuk Mohd Johari Baharom mahu kebebasan keluar masuk ini ditarik balik demi keselamatan Negara. Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar dan Wang Kelian dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Senjata api, barangan dagangan, rokok, arak, dadah dan pendatang asing mudah bolos melalui pintu Wang Kelian. Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi Sabtu dan berlanjutan hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari. Keistemewaan padar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan berpeluang menyeberang tembok batu sempadan Malaysia-Thailand tanpa perlu menggunakan dokumen perjalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan