Satu-satunya jalan untuk ke gua ini ialah melalui sebatang jambatan kayu yang tergantung. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit dengan Lembah Wan Tangga iaitu sebuah lembah di hujung Gua Kelam. Pada 1935, seorang warga Inggeris menyedari laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran dengan sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit.
Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu. Anda masih boleh melihat peninggalan operasi melombong di sini. Sambil anda berjalan dalam gua ini, bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah tanah beserta bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktik bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik. Bunyi yang agak menyeramkan ini meningkatkan lagi suasana misteri yang terdapat di gua ini yang dahulunya pernah digunakan penduduk zamaan purba sebagai tempat tinggal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan