22 September 2010

Juara wajah lucu pengsan




GREMONT - Detik-detik gembira pada satu pertandingan wajah lucu di Britain bertukar cemas apabila seorang peserta wanita, Anne Woods (gambar) pengsan selepas dia menamatkan persembahannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 62 tahun itu pengsan di luar bilik pertandingan di sini, barat daya England selepas dia diisyitiharkan sebagai juara dunia kategori wanita selepas melakukan persembahan mimik wajah lucu selama empat minit.

Dia dipercayai pengsan akibat keletihan.

Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah hospital berdekatan pada Sabtu lepas dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

"Saya keluar dari bilik pertandingan untuk mengambil angin dan melihat Woods terbaring di atas lantai," kata seorang peserta lelaki, Tommy Mattinson yang merupakan juara dunia wajah lucu bagi kategori lelaki.

Pertandingan wajah lucu sedunia diadakan sempena Festival Ketam Egremont yang diraikan pada setiap tahun di Britain sejak tahun 1267. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT