22 September 2010

SEJARAH KEBAYA

Sejarah kebaya dapat didefinasikan sebagai pakaian tradisional Melayu dan peranakan Cina. Perkara ini sudah dikaji oleh para sarjana iaitu Denysombard. Beliau menyatakan Kebaya adalah pakaian yang berasal dari bahasa Arab Kba yang bererti pakaian dan diperkenalkan leat bahasa Portugis ketika mereka mendarat di Asia Tenggara. Perkataan kebaya diertikan sebagai jenis pakaian (atasa/blouse) pertama yang dipakai oleh wanita Indonesia pada kurun atau abad yang ke-15 atau 16 Masihi. Hujah ombard sudah terima terutama leat analogy penyelusuran lingustik yang sehingga sekarang kita masih mengenali kebaya sebaya Abaya yang bererti unik panjang khas Arab. Sementara sebahagian sarjana yang lain percaya kebaya mempunyai kaitannya dengan pakaian unik perempuan pada masa kekuasaan maharaja Ming di Tiongkok, dan pengaruh ini menular ke kawasan lain setelah berlakunya imigrasi besar besaran ke semenanjung Asia Selatan dan Tenggara di abad ke-13 hingga 16 Masihi.

KEBAYA PERLIS

Kebaya Perlis adalah kebaya labuh yang biasannya dipakai dengan kain batik lepas, batik sarung atau dijahit satu sut (sepasang). Pada zaman dahulu ia diperbuat daripadaa kain kasa lembut yang agak nipis dan jarang serta digunting mengikut bentuk badan pemakai dan mempunyai pesak yang lebih dan labuh di bahagian belakang. Kebaya ini akan dipakai setiap wanita Perlis pada zaman silam untuk ke majlis keramaian seperti kenduri kahwin, adat istiadat dan sebagainya. Kebaya Perlis kini diberi nafas baru pereka fesyen tempatan dengan pelbagai corak komtemporari dalam usaha untuk memartabatkan semula fesyen ini dalam kalangan wanita Perlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT