NEW YORK: David Beckham terus mendapat sokongan bagi menghadapi kononnya dia melanggan pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, beberapa tahun lalu.
BECKHAM...gagal digoda.
IRMA...tidak dikenali.
Semalam, seorang ibu ayam terkemuka, Michelle Braun, mempertahankan bekas kapten pasukan bola sepak England itu dan menganggap dakwaan Irma mengarut.
Kata Michelle, 32, jika benar Beckham melanggan pelacur dan memuaskan nafsunya di mana-mana lokasi di AS, dia pasti tahu mengenainya.
“Saya bekerja dalam rangkaian bisnes terbaik dan semua pekerja saya berkhidmat untuk ahli sukan terkemuka di dunia.
“Beckham tidak pernah melanggan pelacur dan dia tidak sejahat itu,” katanya.
Irma, 26, membuat dakwaan kononnya dia melayan Beckham lima kali di beberapa hotel di New York dan London pada 2007.
Satu daripada kejadian itu, kata Irma, turut membabitkan seorang lagi pelacur dan mereka bersama-sama melayan Beckham di atas ranjang.
Ekoran dakwaan disiarkan majalah In Touch itu, Beckham, 35, menyaman Irma sebanyak RM80 juta, selain penerbit dan pengarah majalah berkenaan.
Berpusat di New York, operasi khidmat pengiring wanita dikendalikan Michelle menjana pendapatan lebih £3 juta (RM14.7 juta).
Kata Michelle, antara personaliti sukan yang pernah mendapatkan khidmatnya adalah Tiger Woods, tetapi Beckham tidak pernah terjebak dalam aktiviti itu.
“Ramai juga wanita di agensi saya cuba menggoda Beckham tapi tak pernah berjaya, walaupun mereka menawarkan perkhidmatan percuma,” katanya.
Selain itu, kata Michelle, dia juga tidak mengenali Irma.
“Selain tak pernah terdengar namanya, saya juga tak pernah mendengar penipuan paling teruk seperti didakwa Irma,” katanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan