01 Oktober 2010

Lotus perkenal 5 model di Pameran Motor Paris

NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis,  Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.
NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.

Permulaan bina kembali reputasi pengeluar kereta sport super


GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd berpangkalan di United Kingdom (UK), memperkenalkan lima model terbarunya di Pameran Motor Paris 2010 yang bermula semalam.

Model berkenaan dianggap sebagai permulaan bagi Lotus kembali membina reputasinya sebagai pengeluar kereta sport super terkemuka dunia.

Lotus terkenal dengan kepakaran aerodinamiknya mengejutkan ramai pihak apabila buat kali pertama mempamerkan model kereta sport super empat pintu yang dikenali sebagai Eterne.

Turut diperkenalkan model Esprit baru, iaitu yang paling anggun selepas kemunculan pertama model konsepnya pada 1974.

Pengerusi Proton dan Group Lotus, Datuk Seri Nadzmi Wahab, berkata tiga lagi model yang bakal dikeluarkan ialah Elan, Elise dan Elite.

"Model baru ini bakal dikeluarkan dalam tempoh lima tahun bermula dengan Elan mulai Oktober 2012, diikuti model lain setiap 12 bulan kemudian.

Di bawah kepemimpinan Dany Bahar sebagai ketua eksekutif dan sokongan pereka automotif terkenal dunia, Donato Coco, yang juga bekas pereka Ferrari, kami yakin lima model ini akan membawa perubahan besar kepada Lotus, katanya selepas jamuan malam anjuran kumpulan itu sempena Pameran Motor Paris di Paris itu, malam kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

Pengenalan lima model baru itu adalah tambahan kepada model Evora yang dilancarkan baru-baru ini.

Nadzmi berkata, pengurusan Lotus bertungkus-lumus sembilan bulan menghasilkan lima model konsep itu bagi membolehkannya membuat kemunculan di Paris.

Kami mahu pastikan Lotus kekal dalam penguasaan Proton. Kami mahu memastikan Lotus membawa keuntungan dan untuk itu kami perlu menampilkan produk kompetitif dan menarik, katanya sambil menegaskan selepas 14 tahun Proton mengambil alih pengeluar kereta sport itu, pandangan skeptikal dan sinis terhadap usaha itu kian terhakis, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT