28 Disember 2010

Sebar video hubungan seks kerana dendam

JAKARTA 27 Dis. - Akibat cinta tidak berbalas, seorang lelaki menyebarkan video lucah yang memaparkan adegan seks dengan teman wanitanya yang juga isteri orang.

Video yang diberi nama 'inilah artis panas' dan tersebar luas di Bogor, dekat sini diedarkan oleh lelaki itu yang dikenali sebagai 'SH'.

Lelaki berusia 42 tahun itu berbuat demikian untuk membalas dendam terhadap teman wanitanya yang berusia 28 tahun yang dikenali sebagai BKR.

'SH' turut mengejutkan ramai apabila dia mengedarkan video itu ke rumah jiran-jiran teman wanitanya itu.

Menurut laporan akhbar Media Indonesia hari ini, terdapat 14 adegan seks yang dilakukan pasangan itu di tiga lokasi berbeza.

Berdasarkan pengakuan 'SH', adegan pertama dirakamkan di salah sebuah hotel di sini sekitar September lalu.

Lokasi kedua ialah di ruangan bilik karaoke iaitu tempat pasangan berkenaan bekerja manakala rakaman ketiga di sebuah hotel di Tajur, Kecamatan Bogor Timur, Kota Bogor pada Oktober lalu.

Ketua Polis Risikan dan Jenayah Bogor, Asisten Komisioner Indra Gunawan memberitahu, ketika disiasat, BKR yang juga mangsa mengakui dia tidak pernah rela melakukan perkara tidak senonoh itu.

Malangnya, BKR mendakwa, dia menerima tekanan daripada SH yang juga ketuanya di tempat kerja untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Bahkan mangsa juga tidak sedar perlakuan seks itu dirakamkan. Kejadian itu hanya disedari SH apabila ketuanya mengancam dan memintanya berpisah dengan suaminya," kata Indra seperti yang dipetik akhbar berkenaan.

Susulan itu, mangsa berkenaan dan suaminya membuat laporan polis.

Berikutan penahanan SH, polis turut menjumpai empat keping VCD, dua buah unit pemprosesan komputer dan sebuah kamera web.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT