03 Mac 2011

Empat keping setem dibeli RM3.49 juta


EMPAT keping setem dibeli pada harga lebih RM3.49 juta dalam satu lelongan di Shanghai, China baru-baru ini.

SHANGHAI, China - Seorang pengumpul setem mencipta rekod apabila dia membayar AS$1.15 juta (RM3.49 juta) untuk empat keping setem yang dikeluarkan ketika era Revolusi Budaya di China pada 1960-an, kata pihak penganjur satu majlis lelongan semalam.

Setem-setem itu yang tidak pernah digunakan memaparkan beberapa inskripsi yang ditulis oleh bekas pemimpin China, Mao Zedong kepada rakan-rakan pekerjanya dari Jepun.

Set setem tersebut dibeli oleh seorang pengumpul dari Hong Kong dalam satu acara lelongan.

Acara itu juga turut melelong setem-setem sebelum dan selepas revolusi di China dan juga yang dikeluarkan di Taiwan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT