03 Mac 2011

Gambar Aguilera ditahan kerana mabuk disiarkan


WAJAH Christina Aguilera tanpa mekap dirakamkan oleh polis Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Gambar wajah penyanyi terkenal, Christina Aguilera yang pucat dan bermata kuyu selepas ditangkap kerana mabuk di tempat awam tersebar di media, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut jurucakap polis Los Angeles, Steve Whitmore, Aguilera ditahan pada pukul 2.45 pagi waktu tempatan pagi kelmarin kerana dikatakan 'tidak boleh menjaga dirinya sendiri' dan berada dalam sebuah kereta yang dipandu teman lelakinya, Matthew Rutler yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Gambar itu disiarkan di media Amerika Syarikat selepas mereka mendakwa rakan-rakan Aguilera memintanya menjalani pusat pemulihan.

"Masalah ketagihan alkoholnya sudah tidak dapat dikawal. Dia berada dalam keadaan yang teruk," kata satu sumber Aguilera kepada Us Weekly.

Gambar tersebut disiarkan oleh laman web E! News selepas polis mendapati dia memandu dalam keadaan berbahaya.

Whitmore menjelaskan bahawa Aguilera tidak akan dikenakan dakwaan.

Aguilera kemudian dibawa pulang dari balai polis West Hollywood pada pukul 7.20 pagi selepas dia dibebaskan. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Aguilera terlibat dalam beberapa insiden melibatkan pengambilan alkohol berlebihan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT