NEW DELHI - India telah membeli koleksi surat, akhbar dan gambar berkaitan tokoh kemerdekaan dan spiritual India, Mahatma Gandhi dengan nilai AS$1.1 juta (RM3.5 juta) bagi mengelakkan ia dilelong di Sotheby's di London.
Koleksi berharga itu diperoleh daripada ahli keluarga teman rapat beliau, Hermann Kallenbach.
Setiausaha bersama di Kementerian Kebudayaan, Sanjiv Mittal berkata, kesemua koleksi tersebut akan ditempatkan di Arkib Kebangsaan.
Sebelum ini, Sotheby's telah membuat anggaran sebelum jualan antara AS$500,000 (RM1.6 juta) dan AS$700,000 (RM2.2 juta) untuk keseluruhan koleksi itu.
11 Julai 2012
India beli koleksi berharga Gandhi RM3.5j
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan