16 Oktober 2015

Ronaldo idam julang Euro 2016

Cristiano Ronaldo
Ronaldo mahu membawa Portugal muncul juara Euro 2016.
 
PEMAIN terbaik dunia, Cristiano Ronaldo mempunyai impian besar untuk membawa negaranya, Portugal muncul juara Euro 2016.
Menurut penyerang Real Madrid itu, membawa pasukannya menjulang piala berprestij Eropah itu akan menjadi pelengkap kariernya.
“Bersama kelab, saya sudah banyak memenangi piala namun tidak bersama pasukan kebangsaan.
“Jika menang Euro, ia merupakan puncak karier yang hebat. Saya harap 2016 adalah tahun untuk Portugal,” katanya.
Portugal sebelum ini pernah beraksi di pentas final Euro 2004 tetapi kecundang di tangan Greece.
Di bawah kendalian Fernando Santos, Portugal sekali lagi melangkah ke saingan Euro di Perancis selaku juara Kumpulan I.
“Kami mempunyai jurulatih yang bagus dan luar biasa. Generasi muda juga memainkan peranan yang penting untuk kami mengorak langkah,” kata Ronaldo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT