27 September 2010

Bot coklat belayar di pelabuhan


GEORGE LARNICOL melambaikan tangan semasa dia menaiki bot dengan seorang lagi lelaki di Pelabuhan Concarneau, Perancis kelmarin.


PELABUHAN CONCARNEAU, Perancis - Dua orang menaiki sebuah bot yang diperbuat daripada coklat dan sugar sepanjang 3.50 meter di sini kelmarin.

Seorang jurugambar agensi berita AFP sempat merakamkan pergerakan bot itu yang turut dilihat oleh ratusan orang.

Bot yang seberat 1.2 tan dan bergerak dengan menggunakan satu enjin serta layar itu direka di dalam sebuah studio coklat milik pemilik beberapa rangkaian kedai coklat, George Larnicol.

Ratusan orang yang melihat bot itu bertepuk tangan selepas ia belayar di pelabuhan tersebut. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT