27 September 2010

DISEBALIK JENAMA : SCOTT PERINTIS PRODUK TISU

Scott Paper Company adalah syarikat pengeluar produk pengguna global terkemuka. Syarikat mempunyai pelbagai rangkaian produk berasaskan kertas seperti tisu tandas, tuala kertas dan lampin kertas. Scott memiliki gudang yang mengeluarkan pelbagai jenama terkenal yang mendominasi pasaran Amerika Syarikat (AS) bagi produk kertas tisu.


Scott Paper Company diasaskan oleh dua bersaudara E Irwin Scott dan Clarence R Scott di Philadelphia, Pennsylvania pada musim gugur tahun 1879. Pada awalnya Scott menghasilkan ‘barangan kertas kasar’ seperti kertas pembungkus dan beg kertas. Pada akhir abab 19, pengenalan system paip air untuk produk baru iaitu tisu tandas.

Pada abad ke-20, anak lelaki Irvin Scott iaitu Arthur Hoyt Scott mendesak syarikat untuk memulakan pemasaran tisu tandas menggunakan jenama sendiri. Arthur Hoyt mendirikan sebuah falsafah syarikat yang menjadi ciri khas dan gaya pemasaran Scott agar lebih baik sehingga tahun 1960-an. Idea Arthur adalah hanya untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi tetapi menjualnya dengan harga rendah dan menjaganya di mata awam menerusi iklan berprofil tinggi.

Pada tahun 1902, syarikat melakukan pengambilalihan pertama iaitu pembelian label peribadi Waldorf dari salah satu pelanggannya. Pada tahun 1907, Scott memperkenalkan tuala kertas. Penemuan ini dipercayai ilham oleh seorang giri sekolah di Philadelphia yang beranggapan adalah tidak sihat bagi murid-muridnya berkongsi tuala yang sama setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT