Haagen-Daz ‘air-tangan’ dua pendatang Poland.
HAAGEN-DAZs adalah jenama terkemuka produk aiskrim. Ia diperkenalkan dua pendatang warga Poland bernama Reugen dan Rose di Bronx, New York pada 1961.
Pada mulanya ia mempunyai tiga perasa iaitu vanilla, coklat dan kopi. Reuben dan Rose memulakan perniagaan secara runcit pertama di Bronkly, New York pada 1976. Kemudian dua usahawan ini meluaskan perniagaan ke seluruh Amerika Syarikat (AS) dan ke 54 negara lain di seluruh dunia secara francais.
Kini Haagen-Dazs mempelbagaikan produk aiskrimnya dengan menawarkannya dalam bentuk lebih menarik seperti bar aiskrim, kek aiskrim dan yogurt beku. Syarikat yang mengendalikan penjualan produk Haagen-Dazs di AS berpusat di Oakland, California.
Rose Mattus atau nama asalnya Rose Vasel dilahirkan pada 23 November 1916 dalam keluarga yang menjalankan perniagaan menjahit kostum untuk pelakon teater di Manchester. Ibu bapanya berasal dari Poland dan berpindah ke New York pada 1912 ketika Rose berusia 5 tahun. Reuben Mattus dilahirkan di Poland pada 1912. Dia berpindah ke New York bersama ibunya, Lea lebih kurang sama waktu dengan perpindahan Rose. Mereka berkahwin pada 1936. Semenjak itu, Rose mula menganggotai perniagaan keluarga Reuben iaitu menjual aiskrim menggunakan kereta tarik kuda di Bronx.
Perniagaan itu berkembang selepas 40 tahun. Pada 1959, Reuben memutuskan membuka syarikat aiskrim. Dia mendaftar perniagaannya menggunakan nama ‘Haagen-Dazs’. Nama Haagen-Dazs digunakan untuk membangkitkan suatu perasan tenang melihat padang rumput indah di Denmark. Dia juga meletak peta Denmark pada pembalut aiskrim keluaran syarikatnya.
Aiskrim Haagen-Dazs diperbuat menggunakan susu lemak dan bahan perasa semula jadi. Pada 1961 Haagen-Dazs dilancarkan secara rasmi. Kemunculannya menggunakan strategi perniagaan yang berlainan dengan beberapa jenama pesaing yang ada ketika itu.
Satu daripada strategi perniagaan Rose bagi memasarkan aiskrim Haagen-Dazs dengan memperkenalkan Haagen-Dazs kepada pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan