24 September 2010

Tahukah Anda : Penyakit Asma

Penyakit asma atau lelah adalah penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangaan dan spasma pada selaput dinging laluan udara menyebabkan bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit.

Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.

ASMA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. Bagi kanak-kanak yang menghadapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Manakala 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila dewasa.

1 ulasan:

DUIT