24 September 2010

Tahukah Anda : Banjaran Andes

Banjaran Andes membentuk jajaran pergunungan terbuka yang terpanjangg di dunia. Pergunungan ini terbentang sebagaai satu rangkaian tanah tinggi yang berterusan sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Ia berukuran melebihi 7,000 km panjang, 500 km lebar di beberapa tempat dan purata 4,000 m tinggi.

Rangkaian pergunungan ini dipecahkan menjadi pulau-pulau kecil di permukaannya. Selepas itu, ia membentuk sempadan bahagian barat lembah besar Chile. Ke utara, jajaran pinggir laut ini bersambung membentuk beberapa permatang kecil atau bukut-bukau yang terpencil sepanjang Lautan Pasifik sehingga sejauh Venezuela. Pergunungan ini melalui sejumlah tujuh buah Negara iaitu Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Peru dan Venezuela. Sebahagian daripada Negara-negara ini turut digelar sebagai Negara Andes

Banjaran ini diukur sebagai rangkaian pergunungan tertinggi di luar benua Asia. Puncak paling tinggi, iaitu Aconcagua berdiri setinggi 6,9962 m di atas paras laut. Sementara itu, puncak Gunung Chimborazo di Ecuador pula ialah kedudukan di muka bumi yang paling jauh dari pusatnya yang terbentuk akibat bonjol khatulistiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT