28 September 2010

DISEBALIK JENAMA : Harley-Davidson



Harley-Davidson Motor Company atau lebih dikenali sebagai H-D atau Karley adalah sebuah syarikat pembuat motosikal dari Amerika Syarikat (AS). Ia ditubuhkan di Milwaukee, Winconsin pada kurun ke-20. Ketika itu ia adalah satu dari dua pengeluar motosikal utama di AS yang masih bertahan ketika dunia menghadapi tekanan hebat. Selain itu, ia mampu bertahan ketika berhadapan tekanan kelemahan kualiti dan terpaksa bersaing dengan pengeluar dari Jepun.


Syarikat mengeluarkan motosikal berkuasa tinggi (melebihi 750 cc) yang direka khas untuk perjalanan di lebuh raya. Motosikal Harley Davidson memiliki rekaan ketahanan yang menarik.

Pada 1901, seorang pemuda berusia 21 tahun, William S Harley Berjaya melakar pelan pembinaan engine kecil dengan keupayaan 116 cc. Enjin itu direka untuk penggunaan pada badan basikal kayuh biasa. Dua tahun kemudian, Harley bersama seorang rakan sepermainnya, Arthur Davidson mula mencipta sebuah motor-basikal di sebuah kedai mesin dekat rumah rakan mereka, Henry Melk yang terletak di bahagian Utara Milwaukee.


Kerja membangunkan motor-basikal itu sipa sepenuhnya pada 1903 dengan bantuan abang Arthur iaitu Walker Davidson. Selepas usaha mereka berhasil, kedua-dua pemuda itu baru menyedari bahawa hasil ciptaan mereka itu tidak mampu menaiki kawasan berbukit di Milwaukee tanpa bantuan pedal pengayuh. Berikutan itu, mereka mula mencatat segala formula dan pengalaman cipta motor-basikal rekaan pertama itu.

Semasa Zaman Perang


Kerja seterusnya bermula serta-merta iaitu mencipta sesuatu yang baru dengan mengadaptasi segala formula dan pengalaman ketika mencipta motor-basikal pertama sebelum itu. Ketika itu, sebuah motosikal Harley Davidson yang sebenar mula dibangunkan. Ia dicipta dengan bentuk badan yang besar dan enjin 405 cc.

Pada 1906, Harley dan adik beradik Davidson membina kilang pertama di Chestnut Street selepas itu dikenali Juneau Avenue. Lokasi itu hingga kini kekal ibu pejabat Harley–Davidson. Ketika mula beroperasi ia hanya berkeluasan 40X60 kaki persegi dan hanya sebuah bangunan kayu satu tingkat. Dalam tahun itu, syarikat mampu mengeluarkan lebih kurang 50 motosikal.


Terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT