28 September 2010

DISEBALIK JENAMA : L'Oreal


L’OREAL Group adalah sebuah perusahaan kosmetik dan kecantikan terbesar di dunia. Perusahaan ini berpusat di Clichy, Perancis. Perusahaan yang didirikan pada tahun 1909 ini telah menghasilkan pelbagai produk kosmetik iaitu produk penjagaan rambut, penjagaan kulit, alat solek dan minyak wangi. Perusahaan ini juga aktif dalam bidang dermatologi dan farmasi.

Selain itu, L’Oreal Group merupakan pemegang paten utama bagi inovasi nanoteknologi di Amerika Syarikat (AS). Sehingga kini, perusahaan ini mempunyai seramai 52,000 pekerja. Sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1907. Ia dibangunkan oleh seorang ahli kimia bernama Eugene Schueller berasal dari Perancis.

Pada awalnya, Schueller Berjaya mencipta formula untuk mewarnakan rambut yang diberi nama Aureole. Semua proses bermula dari peringkat mencipta formula sehingga menghilangkan produk dilakukan sendiri oleh Schueller. Produk-produk ciptaannya dipasarkan sendiri kepada pendandan rambut di Paris.


Aktiviti mencipta formula dilakukan di makmal khas bagi menjamin keselamatan dan kualiti produk yang bakal dihasilkan.

Pada tahun 1909, Schueller mendaftarkan syarikatnya menggunakan nama Societe Francaise de Teintures Inoffensives pour Cheveux yang bermaksud ‘Pewarna rambut selamat untuk masyarakat Perancis’. Nama ini adalah nama asal yang digunakan sehingga beberapa tahun sebelum syarikat melakukan penjenamaan semula yang dikenali sebagai L’Oreal sehingga kini.

L’Oreal bermula sebagai perusahaan yang menumpukan kepada perniagaan pewarna rambut. Namun, seiring dengan peredaran masa, syarikat turut mengalami perubahan dari segi sektor perniagaannya. Syarikat mula mengembangkan segmen perniagaan menerusi pelbagai produk lain seperti alat solek dan penjagaan kulit.

Mengenai Eugene Schueller, dia dilahirkan pada 20 Mac 1881 di Paris. Merupakan graduan dari Institut de Chimie Appliquee de Paris (kini dikenali sebagai Chimie ParisTech). Eugene Schueller mula membangunkan inovasi formula pewarna rambut pada tahun 1907. Ciptaan formula pertamanya itu telah diberi nama Aureale. Bermual dari kejayaan pertamanya itu, L’Oreal Berjaya diwujudkan. Dia meninggal dunia pada 23 Ogos 1957 pada usia 76 tahun.


Eugene Schueller di dalam makmal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT