TORDESILLAS, Sepanyol - Sejumlah lelaki di bandar ini semalam menyertai festival berusia lebih 100 tahun untuk membunuh seekor lembu jantan dengan menggunakan lembing.
Ratusan orang menyertai festival selama setengah jam itu yang dikenali sebagai Toro de la Vega untuk membunuh seekor lembu jantan bernama Platanito.
Lembu itu perlu dibunuh di sebuah kawasan yang tidak dipenuhi belukar selepas haiwan tersebut menyeberangi sebuah jambatan merentasi Sungai Duero.
Festival itu diadakan sejak 1453 pada setiap tahun dalam minggu kedua bulan September. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan