|
|
Robot itu yang bernama RoboTherspian dibina di sebuah firma kecil di Cornwall, Britain dan ia akan dihantar bersama manusia untuk meneroka angkasa lepas.
Ketua-ketua di NASA milik Amerika Syarikat itu telah menandatangani satu kontrak lumayan untuk mendapatkan robot tersebut yang boleh bergerak seperti manusia selepas melihatnya pada satu pameran pada awal tahun ini.
Menurut ketua firma Engineered Arts yang mengeluarkan robot itu, Will Jackson, robot itu bergerak dan bercakap seperti manusia dan ia boleh berbual.
Firma itu cuma mempunyai tujuh kakitangan tetapi ia mampu untuk mengeluarkan robot setinggi 1.75 meter itu.
- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan