TEKNOLOGI banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan tandas di Jepun sehingga menguasai segmen kebersihan bilik air canggih dunia.
Terbaharu, syarikat TOTO telah membangunkan tandas pintar yang maju setapak lagi apabila menawarkan pengguna pemeriksaan kesihatan setiap kali mereka membuang air.
Model yang direka khusus untuk syarikat perumahan Daiwa House ini mampu menyediakan analisis air kencing, mengambil tekanan darah dan suhu badan pengguna apabila digunakan.
Selain itu, teknologi pintar yang disediakan tandas berkenaan turut dapat mengukur berat badan pengguna dengan mudah dan pantas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan