KIEV
28 Sept. – Seorang hartawan Ukraine sanggup menghabiskan wang sebanyak
20 juta pound (RM107.6 juta) semata-mata mahu memenuhi hasrat isterinya
untuk menjadi penyanyi pop terkenal dunia seperti Taylor Swift.
Menurut laporan Mail Online, hartawan
berkenaan, Mohammad Zahoor, 61, yang mengumpul kekayaan melalui industri
keluli, mengakui tidak kisah untuk memenuhi impian isterinya, Kamaliya
yang juga seorang bekas ratu cantik dan penyanyi di Ukraine.
Malah, bagi memudahkan pergerakan Kamaliya, Mohammad menghabiskan 27 juta pound (RM145.31 juta) membeli jet peribadi bagi isterinya itu.
“Bagi memecahkan pasaran arus perdana, dia (isteri) terbang ke Los Angeles, dia mahu menakluk Hollywood. Masa adalah penting, saya membayar untuk masa dan bukannya kemewahan,” kata Mohammad.
Kamaliya, 39, telah mencipta populariti tersendiri sebagai penyanyi di Ukraine namun Mohammad mahu membantu isterinya menjadi bintang dunia melalui sokongan kewangan.
Tambah Mohammad, pengalaman hidup Kamaliya yang sukar suatu ketika dahulu membuatkan dia mahu ‘memanjakan’ isterinya dengan pelbagai cara.
“Saya mempunyai keberanian untuk berkata ‘tidak’ tetapi saya tidak pandai berbuat demikian. Kamaliya ketika usianya 26 tahun, dia mengalami kehidupan yang sukar, namun dia baik dan cantik, dia layak menerima semua ini.
“Jika bukan kerana Kamaliya merupakan isteri saya, saya tidak akan mendengar sebarang lagu rakyat atau pop kerana lebih meminati muzik klasik. Tetapi disebabkan Kamaliya yang menyanyikannya, saya menyukainya,” akui Mohammad.

Rooney, Ronaldo bakal
beraksi di Liga Super China
PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney. - Foto AFP
MANCHESTER: Konglomerat China terus menunjukkan minat melabur dan
membeli kelab bola sepak Eropah sambil pasukan di negara Tembok Besar
itu kian ghairah memburu bintang handalan untuk beraksi dengan kelab
China.
Ketika ini nama besar seperti Alex Teixeira, Ramires dan Jackson
Martinez antara yang sudah dibeli dengan yuran mahal dari kelab di
Eropah untuk beraksi dalam Liga Super China.
Pelabur China kini sudah memiliki saham dalam kelab ternama membabitkan
Inter Milan, Manchester City dan Espanyol.
Bekas Pengerusi Hull City, Paul Duffen berkata, dengan tawaran gaji
lumayan di liga berkenaan, maka ramai lagi pemain bintang akan menukar
haluan ke China.
"Banyak lagi nama besar akan beraksi di China kerana habuan lumayan
mendorong mereka pindah ke sana," katanya.
"Pemain Inggeris akan mula ke sana, saya amat yakin Wayne Rooney akan
beraksi di China.
"Saya amat pasti China akan menjadi lubuk pemain menamatkan karier
mereka sama seperti yang ditawarkan oleh kelab di Asia Barat dan Liga
Amerika Syarikat," katanya.
Pengarah Pemasaran Liga Super China (CSL) Li Jiuquan berkata, Kapten
England dan Manchester United , Rooney adalah seorang daripada pemain
bintang yang akan tampil dalam liga berkenaan tidak lama lagi.
"Wayne Rooney sangat terkenal di China ... bahkan anak saya sendiri
kenal dengan Rooney," katanya.
"Mungkin Messi dan Ronaldo lebih terkenal. Pemain handalan dunia akan
datang ke sini, itu sesuatu yang pasti.
PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo. - Foto AP
"Kelab di sini mahu meningkatkan tahap prestasi mereka dan sebab itu
pemain handalan dunia akan membanjiri liga di sini untuk menarik lebih
ramai peminat," katanya.
Cadangan meningkatkan imej bola sepak itu menjadi lebih mudah hasil
sokongan Presiden Xi Jinping yang juga peminat tegar bola sepak sekali
gus memberikan keutamaan kepada perkembangan sukan berkenaan supaya
sebuah pasukan kebangsaan bertaraf dunia muncul menjelang 2050.
Bagi memastikan ia mencapai matlamat berkenaan, Jinping mahu membina
70,000 buah padang bola sepak yang lengkap menjelang 2020. - Reuters
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197191
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197191
Tiada ulasan:
Catat Ulasan