29 September 2016

Samsung lancar Galaxy J7 Prime



Galaxy J7 Prime


KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics (SME) secara rasmi membawa masuk telefon pintar terbaharu dalam siri J untuk pasaran negara ini dengan tanda harga RM1,199 (termasuk GST).

SME dalam satu kenyataan berkata, siri terbaharu itu direka khas buat golongan muda yang gemar berselfie.

Galaxy J7 Prime memiliki bateri berkapasiti 3,300mAh berserta ruangan storan sebesar 32 gigabit (GB) dan tambahan ruang simpanan luaran kad mikroSD sehingga 256GB.

Ia mula dijual di semua wakil-wakil sah SME bermula semalam dengan pilihan warna putih atau emas.

Spesifikasi Galaxy J7 Prime:
Rangkaian: LTE Cat.4
Paparan: 5.5” FHD TFT
Chip pemprosesan: 1.6GHz Octacore
Ukuran: 151.5 x 74.9 x 8 mm
Kamera: 13 MP (F1.9) 8 MP (F1.9)
Memori: 3GB RAM 32GB storan dalam
*sokongan microSD
Bateri: 3,300 mAh
Keselamatan: Cap jari
Sambungan: Wi-Fi b/g/n, BT 4.1, GPS, Glonass
PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney. - Foto AFP MANCHESTER: Konglomerat China terus menunjukkan minat melabur dan membeli kelab bola sepak Eropah sambil pasukan di negara Tembok Besar itu kian ghairah memburu bintang handalan untuk beraksi dengan kelab China. Ketika ini nama besar seperti Alex Teixeira, Ramires dan Jackson Martinez antara yang sudah dibeli dengan yuran mahal dari kelab di Eropah untuk beraksi dalam Liga Super China. Pelabur China kini sudah memiliki saham dalam kelab ternama membabitkan Inter Milan, Manchester City dan Espanyol. Bekas Pengerusi Hull City, Paul Duffen berkata, dengan tawaran gaji lumayan di liga berkenaan, maka ramai lagi pemain bintang akan menukar haluan ke China. "Banyak lagi nama besar akan beraksi di China kerana habuan lumayan mendorong mereka pindah ke sana," katanya. "Pemain Inggeris akan mula ke sana, saya amat yakin Wayne Rooney akan beraksi di China. "Saya amat pasti China akan menjadi lubuk pemain menamatkan karier mereka sama seperti yang ditawarkan oleh kelab di Asia Barat dan Liga Amerika Syarikat," katanya. Pengarah Pemasaran Liga Super China (CSL) Li Jiuquan berkata, Kapten England dan Manchester United , Rooney adalah seorang daripada pemain bintang yang akan tampil dalam liga berkenaan tidak lama lagi. "Wayne Rooney sangat terkenal di China ... bahkan anak saya sendiri kenal dengan Rooney," katanya. "Mungkin Messi dan Ronaldo lebih terkenal. Pemain handalan dunia akan datang ke sini, itu sesuatu yang pasti. PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo. - Foto AP "Kelab di sini mahu meningkatkan tahap prestasi mereka dan sebab itu pemain handalan dunia akan membanjiri liga di sini untuk menarik lebih ramai peminat," katanya. Cadangan meningkatkan imej bola sepak itu menjadi lebih mudah hasil sokongan Presiden Xi Jinping yang juga peminat tegar bola sepak sekali gus memberikan keutamaan kepada perkembangan sukan berkenaan supaya sebuah pasukan kebangsaan bertaraf dunia muncul menjelang 2050. Bagi memastikan ia mencapai matlamat berkenaan, Jinping mahu membina 70,000 buah padang bola sepak yang lengkap menjelang 2020. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/197191

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT