12 November 2010

Filem baru Harry Porter


Filem terbaru Harry Porter menunjukkan dari kiri, Bill Nighy, Emma Watson, Rupert Grint dan Daniel Radcliffe dalam satu babak filem Harry Porter and The Deathly Hallows: Part 1. - AP

LONDON 11 Nov. - Filem Harry Potter siri ketujuh memulakan tayangan perdananya di London hari ini, yang dijamin akan mendapat pulangan yang besar kepada studio Warner Bros walaupun versi 3D tidak dapat disediakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bintang muda Britain, Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint, yang membawa watak Harry, Hermione dan Ron masing-masing dijangkakan akan mendapat sambutan karpet merah terhadap Harry Potter and The Deathly Hallows: Part 1 yang dijadual ditayangkan di pawagam bermula 19 November ini.

Warner Bros memutuskan untuk memisahkan siri ketujuh dan terakhir dari novel J.K Rowling tentang pengembaraan Harry dan tongkat saktinya kepada dua filem selepas enam siri terdahulu filem tersebut berjaya memperolehi jualan tiket di seluruh dunia sebanyak AS$5.4 bilion (RM16.6 bilion).

"Saya berpendapat siri 3D tersebut akan menjadi kekecewaan besar kepada Warner Bros, seperti yang terjadi kepada Saw, Shrek dan Toy Story yang semakin mendapat sambutan ramai apabila dikeluarkan dalam bentuk 3D," kata Andreas Wiseman dari Screen International.

Katanya, Deathly Hallows Part 1 dijangka memperolehi hasil jualan tiket sebanyak AS$1 bilion (RM3.1 bilion) di seluruh dunia walaupun hasil jualan tersebut mungkin lebih besar lagi sekiranya dikeluarkan dalam bentuk 3D.

Namun, Warner Bros masih mempunyai peluang lagi untuk menambahkan hasil jualan tiket sekiranya Deathly Hallows Part 2 dikeluarkan dalam bentuk 3D pada Julai depan.

Dalam Deathly Hallows Part 1, Harry, Ron dan Hermione menjalankan satu misi bagi mengesan dan seterusnya memusnahkan rahsia keabadian dan kemusnahan kejahatan Lord Voldemort, Horcruxes. - REUTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT