12 November 2010

Pemuda cipta litar permainan F1


DUA buah kereta Formula Satu berlumba di litar permainan ciptaan James-Michael Harlan.

WHITE LAKE, Michigan - Seorang pereka ruang pameran dan peminat kereta, James-Michael Harlan di sini, Amerika Syarikat (AS) menghabiskan masa selama tiga tahun dengan mencipta litar permainan perlumbaan kereta Formula Satu (F1) sepanjang 44.19 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berumur 39 tahun dan masih bujang membelanjakan sebanyak AS$6,000 (RM18,546) serta 7,000 jam untuk membina litar tersebut.

Litar setinggi 0.76 meter itu mengandungi empat lorong, tempat duduk grandstand, laluan berhenti kereta F1 dan jambatan.

"Saya mengendalikan perlumbaan malam dengan melibatkan kira-kira 30 orang," katanya yang menganggap ciptaannya itu sebagai luar biasa.

"Ia (mencipta litar itu) merupakan satu keseronokan dan saya akan menggunakannya dengan penuh kegembiraan selama beberapa tahun akan datang," tambahnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DUIT